-
Kho nan Solo
Wednesday, 28 November 2012
Jimha khabarnya dah pun terkenal sejak kisahnya diterbitkan.
"25 friend requests per day, 100+ follower requests. Pening tau.
Macam mana Jimha nak masak ni? Tolonglah!", dakwa Jimha.
Kasihan Kho.
Serba salah pula saya.
Bertangguh tulis tentangnya.
Baiklah, saya mulakan sekarang.
Kho, harap bersedia. Kot-kotlah orang mula google pasal awak lepas entry ni.
Awas ye Kho, usah terpedaya dengan popularitas.
Pendek sungguh nama Kho. Kho saja. Ya, itu saja. Tiga huruf.
K-H-O. Tak lebih, tak kurang. Tapi, nama yang sungguh unik.
Kho SANGAT PANTANG kalau orang salah sebut namanya.
Makhraj harus tepat. Huruf izhar tu. Tiada sengau, apatah lagi dengung bila sebutnya.
Harap semua maklum ya dari mana tempat keluar bunyinya.
Mulut sedikit muncung bila menyebutnya.
Kalau muncung, sah! Begitulah sebutnya.
Andai tak cukup muncung, latihlah lagi.
Melenting Kho kalau diketahuinya.
Mujur saya tukang tulis saja.
"Assalamualaikum wbt, ismi KHO. Laisa Ko, wa laisa Ho. KHO faqat"
Ewah. Berbahasa Arab pula. Tapi begitulah pengenalan Kho bila bertemu kenalan baru.
Berbahasa Arab, tegas tapi penuh mesra. Boleh bayang?
Kho ini tak comel orangnya.
Kacak pun tidak, cantik apatah lagi.
Keningnya tinggi tajam. Kening fresh kata orang moden.
Sekali dijegil sikit mata sepetnya....ALLAHU AKBAR!!!
Berdebar jantung keterkejutan! Semacam halilintar sambar-menyambar.
Garangnya...nauzubillah.
Tapi...bila bibirnya melengkung kesenyuman, masya-Allah...manisnya.
Tak sedikit yang terpana dengan senyumannya.
Lagi-lagi bila dengar seloroh Jimha. Merah-merah muka tahan gelak.
Jangan risau. Kho ni baik orangnya.
Mungkin tampak garang, tapi cubalah taaruf dulu.
Tak kenal maka taaruflah kan?
Di sebalik muka yang garang tu, jangan tak tahu...
...masak-masak adalah kegagalan terbesarnya.
Selalu tak menepati matlamatnya.
Buat roti telur jadi ayam goreng.
Masak lompat tikam jadi serawa durian.
Nasi beriani gam jadi char kueh teow.
Ajaib kan? Bunyi macam tak logik. Tapi...apa boleh buat. Itulah.
Untung saja Kho ini sangat pandai PR & pengurusan.
Tahu PR? Public relation lah.
Ayat manis & beretika melayan pelanggan yang kunjung.
Ayat manis tak bermaksud kaya dengan puji manusia atau menipu ya?
Jemput berguru dengan Kho untuk skill ayat manis sampai diabetis.
Bagi Kho, segala puji tiada yang berhak melainkan hanya pada Allah sahaja.
Begitulah prinsip Kho dalam berbicara.
Tak hairan Restoran Jimhakho kekal mapan hingga ke hari ini.
Eh. Rasa terpanjang pula kisah Kho ini.
Intihanya, Jimha & Kho saling melengkapi.
Satu pandai masak, satu pandai makan.
Sorang muka comel, sorang muka garang.
Haih, saling melengkapilah!
Untung saja sama jantina. Kalau tak, dah lama dapat kad wangi dari mereka.
Ada saya mention jantina mereka?
Takde kaaaaaaan?
Cubalah teka!Posted by zulaiQa habsyi at 01:09:00 | Labels: Jimhakho | 1 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
5 tahun dari sekarang
Friday, 16 November 2012
"Kami berjanji, 5 tahun dari sekarang, kami akan kumpul semula dan banding.Siapakah di antara kami yang masih thabat dalam jalan dakwah.Bukan saja thabat, malah aktivis tegar dalam jalan dakwah"Itu perjanjian mereka.
Termetrai zaman dulu, tahun 2006.
Ramai menjadi saksi, termasuk saya sendiri.
5 tahun dah pun berlalu, malah terlebih lagi
Dan mereka....benar-benar menepati janji mereka.Bukan hanya thabat, malah penggerak, peneraju dalam dakwah.
Kagum.
Perjanjian yang bukan omongan kosong.Itu janji mereka.
Janji saya bagaimana?5 tahun akan datang: 2017Pada usia 27 tahun, di mana saya ketika itu?
Sudah ada Master kah untuk manfaatkan ummah?
Jadi clinical psychologist kah?
Terbuai kah dengan tawaran dunia?
Generasi harapan sudah terlahirkah?
Berapa mad'u yang terkumpul dan terbina?Adakah masih menjadi jundi kemetot?
Atau lebih matang T&D ini?
Dalam hati kecil saya berjanji,
TAKKAN BERPALING DARI JALAN INI!
p/s: wahai yang membaca. mari saling menguatkan. Jauh di sudut hati, anda pun mahu begitu kan? Saya tahu.Posted by zulaiQa habsyi at 03:29:00 | Labels: random | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Ayuh Beralasan!
Tuesday, 13 November 2012
Hari ini saya nak ajar satu skill kehidupan.Skill ini mudah saja. Sangat senang dipelajari. Jangan risau.Apa yang paling penting, kemahiran ini sangat berguna buat mereka yang tak serius dalam tarbiyah.Pasal harga jangan risau, pengajaran ikhlas, FOC!Ayuh mula.Tips Mencipta Alasan1. Mulakan dengan isu yang mudah.Contoh: "ukhti, nak ikut ziarah Cik Nab?"-tak dapatlah. huhu...2. Mulakan dengan musabab yang mudah juga.Contoh: *sambungan atas*...ana ada diskusi yang beratur.3. Sertakan alasan dengan kesan jangka masa separa panjang.Contoh: *sambungan atas*...kalau tak join discussion nanti ana jadi free-rider pula. Fitnah tu kak.4. Jangan ulangi alasan yang sama pada orang yang sama. Anda masih amatur. Banyakkan berlatih5. Ciptalah alasan yang meraih simpati, contohnya melibatkan CGPA, kesihatan, persaudaraan dan lain-lain. Jarang-jarang orang meraguinya.6. Mahu alasan kreatif? Usah bimbang. Kuatkan tekad dalam hati betapa tak naknya anda akan program-program tarbiyah & yang sewaktu dengannya, insya-Allah alasan yang kreatif hadir dengan sendirinya.7. Jangan berfikir dua kali sama ada nak beralasan atau tak. TERUSLAH beralasan. Alasan yang bercampur rasa bersalah jarang menjadi.8. Latih, latih, dan latihlah diri anda beralasan. Memudahkan penciptaan alasan yang spontan. Orang tak meragui dengan non-verbal communication anda. Lidah tak bertulang kawan-kawan, berlatihlah beralasan. Mudah tubik, insya-Allah.9. Anda tak perlu risau andai minat mencipta alasan mulai sirna. Buat alasan sangat addictive. Sekali cuba & berjaya, pasti nak lagi.Cukuplah dulu tips tersebut. Nanti saya tambah. Praktikkanlah dulu apa yang ada. Jangan tamak.Selamat maju jaya!oh. Baca dulu peringatan awal:Peringatan awal sebelum mencuba1. Tips ini berkesan hanya untuk mereka yang ragu-ragu dengan keterlibatan dalam jalan dakwah & tarbiyah. Tak valid untuk diguna pakai dalam soalan peperiksaan yang memerlukan alasan/reasons.2. Yakinlah dengan tips yang dibekalkan. Sesungguhnya hanyalah anda satu-satunya insan yang paling sibuk dalam dunia ni. Program tarbawi patut dikendiankan. Sahabat-sahabat nabi, tokoh pejuang terdahulu dan kontemporari pun tak sesibuk anda. Percayalah.3. Tak perlu gundah dengan pandangan orang, terutamanya naqib/ah. Mereka sentiasa bersangka baik dengan kita. Paling faham lubuk hati & sanubari. Husnu zhon sokmo.4. Diri anda akan makin jauh dengan ikhwah/akhawat/ rakan sebulatan gumbira etc. Juga makin jauh dengan Allah dan lesu hati. Jangan terkejut , apalagi merungut. Itu kesan biasa bagi mereka yang beralasan. Okay kan? Sekurangnya anda hidup jasadi.5. Selain keseronokan yang seketika, dan terlepas dari lelah dunia yang sikit-sikit, saya tak jumpa lagi kesan positif beralasan. Kalau ada bagitahu ya?6. Lupa untuk ingatkan. Beralasan hanyalah langkah pertama untuk mencapai matlamat akhir: tercicir dalam jalan dakwah. Ya, itulah matlamat sebenarnya, walaupun tanpa anda sedari. Jangan cakap saya tak warning ya? Kalau betul-betul serius nak mencicirkan diri, terus-teranglah dari awal. Lebih senang, jimat masa. Kan anda sibuk? Ramai lagi mereka yang 'lapang' untuk bekerja dalam jalan dakwah.7. Bila kebangkitan Islam mula menyinar, usah sedih bila anda bukan sebahagian daripada tunggaknya. Golongan yang beralasan tak mungkin wujud di sini. Cuba teka, golongan seperti itu wujud di mana?8. Usah sedih juga bila sumber pahala anda hanyalah yang membabitkan amalan fardhi saja. Jarang-jarang mereka yang beralasan ini fikir untuk kemaslahatan orang lain. Ada ke? Kalau ada, tolong maklumkan ya? Mahu update *wink-wink*9. Untuk pengetahuan, akan tiba suatu saat yang anda rasa marah dengan diri-sendiri kerana kaya dengan alasan. Dan kekayaan itu tidak pula boleh didermakan. Usahlah menuding jari pada Allah dan mendakwa Dialah yang mentakdirkan segalanya. The choice is in your hand. Sebab tu saya adakan peringatan sebelum mencuba.Okay, sampai di sini saja perkongsian percuma saya.Langkah mudah-cepat dan berkesan-melesukan hati dan momentum dakwah.Cubalah! Jangan kata saya tak warning. *wink-wink*p/s: tulisan ini disusun dalam bentuk abnormal. Cubaan membacanya dengan cara normal adalah bahaya & menimbulkan salah faham yang serius terhadap isi dan penulisnya. Wallahu a'lam.Posted by zulaiQa habsyi at 18:16:00 | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Kayuhlah...lagi!
Wednesday, 8 August 2012
Saya ada basikal.
Dia pun ada basikal.Mereka ada basikal juga.Basikal saya rodanya empatDia canggih, beroda satu.Mereka yang ramai, beroda-roda.Semua pun mengayuh.Walaupun kami ada basikal,kami bukannya nak berlumba pun.Bukan nak tengok siapa menang siapa kalah.Apatah lagi nak bandingkan basikal siapa lebih hebat.Tapi...yang paling pentingsiapalah agaknya di antara saya dia dan merekayang tetap mengayuh dalam terik dan hujandalam siang dan malam.Kayuhlah...lagi!
p/s: saya xde basikal pun sebenarnyaPosted by zulaiQa habsyi at 16:29:00 | Labels: random | 1 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Ramadhan: Sekolah & IPT
Wednesday, 1 August 2012
Saya terdetik untuk muhasabah semula Ramadhan saya yang lepas-lepas,
bila jawab soalan Ukht Zida dekat FB: Ramadhan mana lagi best?
Saya pilih puasa di sekolah menengah & puasa di uiam.Kenapa?1. Puasa di SMIHSepanjang 5 tahun di sana, rasanya 4 kali Ramadhan jatuh waktu persekolahan, bukan waktu cuti.Dan yang paling membekas adalah Ramadhan di tingkatan 5, tahun SPM, otai sekolah kononnya.Itulah tahun pertama & terakhir jadi aspuri.Bila fikir semula, saya sangat kagum dengan usaha asatizah menghidupkan suasana Ramadhan.Doa Rejab, Syaaban & Ramadhan selalu dibaca bersama sebelum mula belajar & lepas solat Zuhur.Ceramah tentang semarak Ramadhan selalu diadakan.
Guru-guru dan nuqaba' pun tak pernah miss selitkan peringatan dalam kelas & usrah mingguan.Memang basah. Ke mana saja pergi semua bercakap tentang Ramadhan.Saya masih ingat ketika 1 Ramadhan hampir tiba.Bergema suasana sekolah dengan ucapan "Ramadhan Kareem" & "kullu 'am wa antum bikhair".Senior-junior-asatizah-kerani-pak cik kebun-lollipop man-makcik kantin-pak guard,
semua pun saling bersenyuman dan mengucapkan selamat & menyahut "Allahu akram".
Berbunga taman hati masing-masing.
Paling saya suka bila asatizah agendakan kami i'tikaf di Masjid UTM.Masjid UTM agak jauh ye dengan sekolah, dan saaaangat dekat dengan rumah ^^
Sepanjang perjalanan ke sana, ustaz-ustazah borak-borak lagi tentang nikmat Ramadhan. Asyik!
Berebut makan dalam talam dengan students sana, bertadarrus, lumba-lumba isi masa dengan tilawah.
Sejuk perut mata bila ingatkan semula.Gap yang sekejap antara subjek pun sempat baca sehelai muka. Aduh, rindu!Oh! Ada satu kali tu, sekolah anjurkan kempen tahsinul qiraat.Wah. Yang ini memang terbaik.
Belajar semula sebut huruf, makhraj, tajwid.Bunyi macam bosan, tapi semua makin bersungguh baca Quran sambil berusaha penuhi hak-hak tajwid.
Habis kempen, minggu depannya ada majlis grand khatam Quran beramai-ramai pula.Bila tiba 10 malam terakhir, lebih terasa.
Junior-senior saling kejutkan untuk bangun lebih awal, qiam di musolla.
Musolla masa tu baru siap. Fresh, lapang, bersih & nyaman.Nyaman untuk buat qiam. Lebih nyaman untuk tertidur juga.
Terang-benderang musolla. Jarang-jarang terang.Biasa gelap. Budak asrama main sorok-sorok kat situ.Sebenarnya banyak lagi yang belum saya sebutkan:Malam Badar, kuiz Ramadhan, pertandingan hafazan & tilawah Quran, pertandingan persembahan dsb.Tapi saya rasa cukuplah kongsikan ini dahulu.Sayang tak dapat upload gambar sebagai bahan bukti.Dulu kamera bukan benda yang penting pun macam sekarang.Kesimpulannya memang seronoklah berpuasa di sekolah.Agenda Ramadhan pihak sekolah yang siapkan. Kami follow saja.Sekarang mungkin agak terbatas untuk buat benda yang sama di IPT.Tapi tak mustahil untuk dibuat.Asalkan ada kehendak.Dan kehendak itu dikongsikan pula dengan rakan-rakan yang seniat, maka tak mustahillah!
Kalau sempat next entry saya kongsikan pengalaman puasa di UIAM, insya-Allah.p/s: masih berharap Ramadhan berlalu dengan merangkak-rangkak.Posted by zulaiQa habsyi at 00:41:00 | Labels: Ramadhan | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Ramadhan Tiba!
Sunday, 29 July 2012
9 Ramadhan.
Hampir habis fasa pertama Ramadhan.
Siapa sangka betapa pantasnya masa berlalu.
Rasa macam baru semalam perasaan gundah gulana datang:
risau-risau andai Allah tak izinkan berjodoh panjang dengan bulan mulia ni.Namun, alhamdulillah...
Ramadhan tiba akhirnya.
Berbungalah taman hati
Kembanglah jiwa
Tangan mendepa luas
Teruja menyambut kedatangannya.Terlalu banyak pengharapan saya untuk Ramadhan kali ni.
Terlalu banyak...
Namun, tiada yang lebih besar & lebih diharap-harapkan melainkan redh Allah yang berpanjangan...
Serta pengampunan dosa-dosa yang lalu.Allah...
Benarlah Ramadhan ini taman ibadah yang terindah.
Saya cuba jalani Ramadhan dengan penuh kesedaran.
Biarlah setiap saat dan waktu berlalu tenggelam dengan khusyu' bercinta dengan Allah.
Semacam mahu waktu merangkak-rangkak pergi.Tapi, kurang berjaya nampaknya.
Buka mata hari ni, oh...9 Ramadhan sudah.Takpelah...itu fitrahnya.
Moga kesedaran & momentum ibadah berpanjangan sampai ke sudah. Ayuhhhh zulaiqa!
Posted by zulaiQa habsyi at 01:18:00 | Labels: random | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Pelik
Monday, 16 July 2012
Saya telah taipkan sesuatu yang panjang di sini, semalam.
Saya yakin saya dah preview, tekan publish banyak kali sebab wifi tersedak.
Siap labelkan dengan label baru.
Paginya, entry sudah ghaib. Langsung tak wujud.
Pelik. Saya yakin saya tak taip dalam mimpi.
Takpelah. Mungkin penulisan sebelum tidur banyak cacatnya.
Tapi, menulis untuk kedua kalinya tentang benda yang sama agak mematikan ~.~"
So, saya tunggu idea baru tibalah!
p/s: Ramadhan semakin hampir. Semoga Allah memberi peluang menemukan kita dengannya. Bulan pesta ibadah, hadirlah!Posted by zulaiQa habsyi at 06:50:00 | Labels: random | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Jimha Tanpa Kho
Tuesday, 3 July 2012
Entah bila agaknya Jimha & Kho dapat buat keputusan.
Ini bukan keputusan main-main. Ini perkara antara hidup dan mati.
Sumber periuk nasi mereka dan keluarga masing-masing.
Istikharah dipergiat...
Perbincangan & analisa mendalam turut dibuat...
Masih lagi buntu.
Orang kata bila berniaga ni kena berani tanggung risiko.
Tapi....entahlah Jimha & Kho ni. Semacam mengada pun ada.
Saja memanjang konflik dan kisah kesih mereka.
Biarlah. Saya cuma tukang cerita.
Merubah storyline, fitnah pula. Menokok tambah...? Nauzubillah!
Tapi, memang tak dapat disangkal.
Memang itulah tabiat Jimha & Kho. Susah betul buat keputusan.
Timbul tenggelam bulan mentari, sampai android bertukar versi
Untung saya baru diupah jadi tukang cerita tahun ni.
Kalau tak, penuh entry tentang decision making saja.
Lagipun, sedang eloklah tu perkembangan mereka berdua. Ada istikharah lagi.
Takdelah ikut hati kan mati, rasa kan binasa.
Ada baiknya kalau kita berikan sehari dua lagi untuk mereka beri kata putus.
Sambil menunggu, moleklah kalau saya kongsikan sikit tentang latar belakang mereka.
Jangan risau, akan saya cuba ceritakan setulusnya, tanpa mengajak kepada umpatan dan cacian.
Jimha & Kho pula baik-baik orangnya. Tiada apa yang nak diburuk-burukkan.
Bersedia..? Mari!
Dalam huruf hijaiyah, Jim yang disebut dulu sebelum Ha & Kho.
Maka kita sebut-sebut perihal Jimha dululah ye. Peminat Kho, sabarlah...
Panjang jari menaip, insya-Allah ketemu juga.
Sebetulnya Jimha ini bukanlah nama yang tercatat dalam surat beranak.
'Ini... nama... kawan-kawan', sikit-sikit Jimha sebut.
Dengan mulut kecil diapit sepasang pipi yang montel, alahai...gelihati lihat Jimha bercakap.
Mujurlah Jimha jenis yang hanya bercakap bila perlu.
"Hey, tak baik ngumpat orang. Ingat pesan Rasulullah. Hadith satu lima. Kata ngaku umat Nabi?" selar Jimha. Memang Jimha berpegang teguh dengan hadith yang satu ni.
Bercakap bila perlu. Sekali terbuka mulutnya menegur...aduh...terbisa hati, makan daaaalam sekali.
Andai diberi peluang beri nasihat dan tazkirah, masya-Allah...bisa banjir taman hati yang kering.
Sebab itu Jimha lebih senang berdiam diri. Katup mulutnya dan khusyuk goreng-menggoreng, masak-memasak. Teman akrabnya, Kho sajalah yang paling pakar dan faham isi hatinya. Almaklum, teman sepermainan, teman seperjuangan.
Dunia masakan memang cinta hati Jimha. Sejak ada gigi sebatang dua, gemar sungguh Jimha cuba makanan orang-orang tua. Jamah Milna Rusk, bedal sambal petai udang pula. Pagi lempeng jagung, petang kuih koci pula.
Selalu saja Jimha monolog: "alah...campak garam sikit, kerat dua bawang dah jadi. Aku pun boleh buat". Itulah dia. Berbekalkan motivasi 'Aku pun Boleh Buat', Jimha sejak itu berjinak-jinak dengan alam masakan.
Jimha...Jimha...ada-ada saja.
Saya berhenti di sini dahulu.
Cerita tentang Kho belum lagi dibikin.
Kho belum buat bayaran.
No money no story.
Kalau tahu tentang Kho,
bisa pening lalat dibuatnya.
Nantikan!
Posted by zulaiQa habsyi at 03:02:00 | Labels: Jimhakho | 1 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Restoran Jimhakho
Wednesday, 20 June 2012
Ada sebuah rumah makan.
Laziz jiddan katanya.
Jadi bualan ramai orang.
Yang hulu, yang muara, yang di bukit yang di pulau...
Restoran Jimhakho namanya.Alhamdulillah. Jimhakho makin mendapat tempat di hati pelanggan.
Pemilik Jimhakho merupakan sahabat handai sejak kecil: Jimha & Kho.Jimha &Kho bersyukur atas kemajuan perniagaan mereka.
Mereka berazam untuk melebar sayapkan restoran mereka.
Namun, timbul satu isu.Jimha beria-ia mahu buka cawangan di setiap negeri.
Kho pula lebih senang dgn idea memantap & menambah kepelbagaian dalam menu mereka.Jimha & Kho kini buntu.
Masing-masing optimis dengan rancangan sendiri.Jimha berangan supaya terlihat papan tanda 'Restoran Jimhakho' di merata tempat. Lagi elok kalau cawangannya sebanyak Key Eff Si dan Mek Dee. Mudah dikenali!!
Kho pula rasa, biarlah restoran mereka yang seketul itu dikenali sebagai satu-satunya tempat yang sediakan menu special lagi unik. 'If you want to taste them, come here. The one and only', kata Kho.
Masing-masing punya matlamat yang sama.
Hanya untuk majukan restoran mereka yang tercinta.
Apa ada jalan tengah buat mereka?
Atau ada di sana unsur toleransi?
Ini terpulang pada Jimha & Kho.Dua-dua tidak mustahil dijalankan,
andai saja mereka tahu s.w.o.t mereka
dan mengenalpasti keutamaan mereka, kan?Apa akan jadi pada Restoran Jimhakho?
Sama-sama kita nantikan, dan semoga Jimha & Kho dpt membuat keputusan yang matang.
Posted by zulaiQa habsyi at 04:16:00 | Labels: Jimhakho | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
...kalau sekali tertangguh, rasa berat pula nak sambung.
Tapi, ruginya kalau tersimpan sendiri. Berkongsilah, mudahan bermanfaat.
(sambungan)
3.Pembentangan Khas
Menampilkan dua orang tokoh yang sangat ahli dalam bidang sejarah, Prof. Dr. Khazin & Tn. Haji Yahya, kupasan tentang Panglima Awang dan perjuangan menentang penjajah Portugis & Belanda sangat padat & informatif.
Persoalan seperti siapakah Panglima Awang, wujudkah beliau, mengapa beliau pilih untuk murtad dan sebagainya terjawab dalam sesi pembentangan ini. Sekurang-kurangnya, kita melihat fakta yang sama dari sudut yang berbeza. Ada kemungkinan Panglima Awang bukanlah dengan rela hati keluar dari Islam, tapi disebabkan menjadi hamba kepada kapitan Portugis, Magellan. Boleh jadi, Panglima Awang adalah mangsa keadaan pada waktu itu.
Jujurnya, bila bercerita tentang sejarah...mudah saja menguap. Bukan sekali dua yang pasti. Tapi bila diselang-selikan dengan pantun & peribahasa, masya-Allah! Rugi sungguhlah andai tak kenal sejarah.
"Sejarah adalah cerminan yang lepas, pemetaan untuk yang akan datang"
(Tn . Haji Yahya bin Abu Bakar, KOMPAS 2012)4.Survival Umat MelayuSekadar mengenang-ngenang keagungan & kehebatan pada masa lalu tidak cukup.Sedar dengan kehebatan dan potensi melayu-muslim, tindakan harus diambil untuk hadapi ancaman-ancaman pemikiran pada masa kini.Sebagai generasi anak merdeka, kita mungkin kurang terdedah dan berpengalaman dengan serangan fizikal seperti peperangan dan pertumpahan darah. Tetapi, sama ada kita sedar atau tidak, serangan pemikiran seperti pluralisme, LGBT, sekularisme dan lain-lain lagi kian meracuni akal fikiran umat kita.Meleburkan jati diri dan integriti. Tanpa cakna pada ilmu dan isu semasa, boleh jadi kita sendiri adalah mangsa.5. Perjuangan Survival UmmahSohwah sempat menyelit & dendangkan 2 lagu sebelum slot terakhir bermula. Wah. Hampir lupa saya tentang Sohwah. Persembahan lagu 'Berita Kepada Kawan' & 'Warisan' hebat. Mabruk! Masuk ke dalam hati. Oh, terima kasih jugaklah kepada warga lampu-lampi yang sudi memalapkan lampu. Feelnya lebih terasa. Cukuplah untuk buat hadirin segar bugar semula!
Alhamdulillah, untung dapat mendengar sendiri perkongsian daripada Syeikh Ikrimah Sobri, mantan mufti Palestin. Salasilah keluarga beliau terlibat secara langsung & berkhidmat untuk al-Aqsa 500 tahun lamanya. Allahu akbar!
Cuba-cuba juga faham dulu ayat syeikh sebelum Ustaz Sharuzzaman translate.
Kurang berjaya. Padan muka. Kena rajin tengok Kibar lepas ni.
"Umat Islam pernah dijajah, di seluruh dunia. Palestin juga begitu.Palestin, bukan sekadar dijajah, malah ditolak kerakyatan di negeri sendiri.Kalian mengharapkan kebangkitan Islam di Malaysia. Palestin juga begitu".
(mafhum kalam Syeikh Ikrimah Sabri, KOMPAS 2012)Kita menyaksikan sendiri pada hari ini, walau di mana pun letaknya, setiap umat Islam berusaha memperjuangkan kalimah Allah di tanah air masing-masing.Kita mengharapkan kebangkitan Islam di Malaysia, begitu juga mereka.
Andai kita merasa letih dan jemu berjuang di negeri sendiri, ambillah semangat daripada rakyat Palestin.
Siri perjuangan mereka lebih panjang dan lebih dahsyat. Kenapa mesti kita mengeluh kan?
Saya kira perkongsian Syeikh ini mengakhiri KOMPAS dengan moleknya. Kita bukan sekadar berjerit-perih, bersusah-payah martabatkan Islam di negara ini saja. Nasib saudara seagama di tempat lain juga perlukan prihatin dan doa kita. Cubit peha kanan, peha kiri turut terasa.
Pendek kata, saya berpuas hati dengan KOMPAS!!
Andai kata dibuat sequel pula, saya menyeru anda-anda untuk hadir sama ^^
Semoga Allah melapangkan masa kita untuk ini.
p/s:Dan dua perkara yang saya jakun sepanjang KOMPAS:
1-Majlis mula awal 15min dan tamat 15 min awal juga. Tahniah! Jarang terjadi
2-First time tak ngantuk untuk program sehari. ...and trust me, I wasn't caffeinated at all. Alhamdulillah. Sedikit tahniah buat diri sendiri
Posted by zulaiQa habsyi at 01:50:00 | Labels: program | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Antara nikmat & ujian
Sunday, 17 June 2012
Kita kadang-kala cuba memahami sesuatu dengan konsep yang mudah.
Andai kita terima sesuatu yang baik & menyenangkan, maka kita sangka itu adalah positif.
Contoh:
1# Dapat ole-ole daripada kawan: "Oh, sayang juga Temah kat aku. Boleh masuk BFF list ni".
2# "Bidin selalu senyum bila aku bagi tazkirah. Agaknya dia berkenan aku kasi tazkirah kot".
3# "Yeay, dapat DL lagi. Mesti baba ajak makan kat Seoul Garden malam nih"
...dan untuk perkara yang buruk atau tak menyenangkan, kita labelkan sebagai benda negatif.
Contoh:
1# Kak Long jeling je masa makan lari-lari tadi. Kak Long tak suka perangai macam tu agaknya.
2# Umi tak kasi tengok tv lagi dah. Padan muka, siapa suruh balik lepas maghrib. huhu~
3# Aloh, dapat B- pulak. Hmmm...study tak berkat lah ni. Huu lagi.
Dengan konsep yang dipanggil reiforcement & punishment, kita fahami banyak perkara atas dasar ini. Ya...semudah itu. Dan, itu bukanlah silap mana-mana pihak ataupun sesiapa. Kerana memang umumnya begitulah caranya manusia berinteraksi & deal sesama sendiri:
Benda yang seronok, best, bermanfaat...POSITIF.
Benda tak seronok, mengecewakan...NEGATIF.
Dan kerana itu kita mungkin menyangka dengan segala nikmat yang Allah beri, maka kita assume kita punyai hubungan yang kamceng atau baik dengan Allah. Bilamana ditimpa kesusahan, kita akan bersangka..."oh, Allah dah tanak pandang dah hamba pacal hina lagi dina ni".
Walhal sangkaan kita bukannya benar. Allah tidak handle manusia dengan cara yang sama sebagaimana kita berinteraksi sesama kita.
"Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku teah memuliakanku". Namun, apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinaku"".(Al-Fajr: 15-16)
Sebaliknya, nikmat kesenangan & kesulitan adalah ujian buat kita. Tet..tapi seringkali kita lupa~Posted by zulaiQa habsyi at 14:25:00 | 1 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Pasca KOMPAS: Episod 1
Saturday, 16 June 2012
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur tak terhingga. Semester ini saya agak bertuah.
Tamat exam super awal. Sempat join NAZIM untuk Kem Huffaz Cilik.
Santaian sebelum ke KOMPAS.
Jujurnya, saya agak bersemangat untuk konvensyen ISMA kali ni.
Kurang pasti. Mungkin lapang hati selepas exam?
Mungkin kesan gumbira dengan huffaz cilik? Yang penting, semangat.
Disebabkan semangat, saya kongsikan di sini pengamatan saya semasa KOMPAS berlangsung.
Sekurangnya jadi pengubat kempunan rakan-rakan yang tak dapat hadir kerana exam.
Kami sampai awal di Putrajaya. Alhamdulillah. Tidak sesak, apatah lagi sesat.
Parking okay, pendaftaran okay, kupon, goody bag..Alhamdulillah! Baik-baik belaka.
Dan, kami cop seats yang terbaik, khususan untuk fokus pada pengisian seharian ini.
Saya kira KOMPAS adalah kesinambungan KEMM pada tahun lalu. Dalam KEMM kita fahami & menyaksikan perkaitan rapat antara Melayu & Islam & pentingnya untuk melayu-muslim itu bersepakat.
Okay, andailah persepakatan dicapai...then, what's next? KOMPAS ada jawapannya :D
KOMPAS pula seolah cuba membawa hadirin yang tertanya-tanya: lepas sepakat, 'what's next?'
1. Ucapan-ucapan
Dalam ucapan Presiden ISMA & Datuk Jamil Khir, dapat saya simpulkan bahawa melayu & Islam itu tidak dapat dipisahkan. Mulianya bangsa melayu itu kerana Islam yang menjadi pegangan hidup. Di sini tidak sepatutnya timbul isu asabiyyah hanya kerana berasa izzah dengan bangsa. Sekiranya suatu bangsa itu merasakan mereka lebih superb & hebat berbanding bangsa lain, naaah...itulah asabiyyah atau ethnocentrism.
Kini, situasi di Malaysia mendesak melayu-muslim untuk bersatu & bersepakat. Ancaman-ancaman halus ideologi pelik lagi sesat makin beranak-pinak dengan banyaknya. Andai saja kita masih tidak sedar akan kepentingan menurunkan ego masing-masing & bersepakat pada isu ummat, nantikan saja kita menjadi pedagang di bumi sendiri. Nauzubillah!
2. Pidato & Dokumentari
Saya ternanti-nanti pidato Abang Badr kali ni. Lebih-lebih lagi selepas berpeluang ikuti program Bijak Bicara beliau. Kalau di KEMM pidato beliau berjaya membuatkan saya berhenti kunyah roti & ada takungan air mata, kali ni bagaimana pula?
Saya menjangkakan mungkin ada persamaan approach dalam pidatonya. Tapi jangkaan mentah saya meleset. Dimulai dengan kebobrokan umat Islam masa kini, penonton kemudian diajak mengimbau bagaimana Islam dijadikan sebagai tonggak kehidupan, lantas menjadikan Kerajaan Umayyah, Abasiyyah, Uthmaniyah hebat....begitu juga kesultanan melayu Islam Melaka.
"...bangsa Melayu menjadi mulia, bangsa Melayu menjadi hebat kerana Islam. Bukannya kita mengangkat bangsa mengatasi agama. Tetapi kita menggunakan kekuatan bangsa untuk mendaulatkan agama".
(sedutan pidato akh Badrul Sani, KOMPAS 2012)
Saya menantikan bagaiman Abang Badr selitkan aspek kemelayuan dalam pidatonya. Ternyata ada juga di separuh akhir pidato. Kehebatan melayu juga kerana hebatnya pegangan Islam dalam diri mereka. Tahniah! Pidato yang sangat mantap & mengesani hati! Walaupun tiada genangan air mata, namun kesannya masih terasa...paling tidak, sampai hari ini.
Dokumentari Melayu selama 10 minit setengah tidak kurang hebatnya. Padat dengan info & menerangkan bagaimana kedatangan Islam itu menjadikan melayu lebih bertamadun.
"Melayu kuno berpegang kepada fahaman animisme & dinamisme. Kedatangan Hindu & Buddha tidak berjaya mengubah fahaman ini. Satu-satunya agama yang berjaya mengeluarkan melayu daripada fahaman ini adalah Islam"
(sedutan Dokumetari MSIB, KOMPAS 2012)Kadang-kadang terasa macam tengok di kaca TV pula. Elok juga kan kalau jadikan slot 5 minit sebelum berita ke..? Syabas atas dokumentari molek ini.
Terlarut malam pula. Lama tak menulis, maka menulis pun jadi perlahan. Saya kira untuk feedback saya pada 3 slot penting akan saya tulis pada next entry pula. Insya-Allah.
p/s: Bolehlah mula beryoutube video pidato Akh Badr & dokumentari. Moga beroleh manfaat :)Posted by zulaiQa habsyi at 02:15:00 | Labels: program | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Muqaddimah
Thursday, 14 June 2012
Saya menulis....kembali. Akhirnya.Sebetulnya ni adalah blog saya yang ketiga:
Satu mati sebab kuman virus.Kedua dilupuskan lepas tamatnya assignmentKetiga...harap kekal di alam maya dan subur mengesani hati-hati.Mudah-mudahan, doakan.
Saya kembali kerana pesanan ini:
"Seorang daie perlu menulis. Memang kena menulis. Belajarlah untuk menulis. Cubalah".Pesan naqibah lepas solat subuh, 5 tahun yang lalu. Bualan santai sebelum ke sekolah.
Persepsi manusia berbeza dan berubah, walaupun melihat pada benda yang sama.Macam ayat ustazah contohnya:Dulu, saya fahami pesanan ni dari sudut yang berbeza.Bulat-bulat ayat ustazah saya telan. Maka lahirlah blog sulung.Tapi sekarang, pemahaman bertukar kepada yang lebih besar pula.Hadafnya lebih jelas dan terpandu gitu. Maka dengan itu...saya menulis semula!
Resah juga ni kalau-kalau sebab yang sama membuatkan saya koma menulis.Tapi, bukan ke seorang mukmin tu tak terjatuh ke lubang yang sama 2 kali?
Semangatlah!
Posted by zulaiQa habsyi at 02:45:00 | 3 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |