Rss Feed
  1. Besar dan Kecil

    Monday 11 March 2013

    Besar. Besar. Besar
    Rumah besar. Tulisan besar. Badan besar.
    Orang jelas nampak, walau dari jauh.

    Besar. Besar. Sangat besar.
    Cakap besar. Makan besar. Dosa besar. Ketawa besar.
    Semua melalaikan, melemahkan hati.


    Kecil. Kecil. Kecil.
    Diri makin kecil.
    Bila memperkecilkan orang


    Besar. Besar. Besar lagi.
    Jiwa besar, hati besar.
    Usah berkecil hati dengan perkara kecil

    Besar. Besar. Makin besar.
    Cita besar, impian besar.
    Pengorbanan makin besar.

    Kecil. Kecil. Lagi kecil.
    Kecil mulut, kurang dosa.
    Hanya berkata seadanya, sekadarnya.

    Kecil. Kecil. Kecil jiddan.
    Usaha kecil, hasil pun kecil.
    Hukum alam.

    Besar-kecil-besar.
    Berbesar hati pada manusiawi.
    Yang dicipta Ilahi.
    Berasa kecil bagai mahu sembunyi.
    Bila menghadap, merintih pada Yang Maha Besar, Maha Tinggi.