Rss Feed
  1. Muqaddimah

    Thursday, 14 June 2012

    Saya menulis....kembali. Akhirnya.
    Sebetulnya ni adalah blog saya yang ketiga:

    Satu mati sebab kuman virus.
    Kedua dilupuskan lepas tamatnya assignment
    Ketiga...harap kekal di alam maya dan subur mengesani hati-hati. 
    Mudah-mudahan, doakan.

    Saya kembali kerana pesanan ini:

    "Seorang daie perlu menulis. Memang kena menulis. Belajarlah untuk menulis. Cubalah".
    Pesan naqibah lepas solat subuh, 5 tahun yang lalu. Bualan santai sebelum ke sekolah.

    Persepsi manusia berbeza dan berubah, walaupun melihat pada benda yang sama.
    Macam ayat ustazah contohnya:
    Dulu, saya fahami pesanan ni dari sudut yang berbeza. 
    Bulat-bulat ayat ustazah saya telan. Maka lahirlah blog sulung.
    Tapi sekarang, pemahaman bertukar kepada yang lebih besar pula. 
    Hadafnya lebih jelas dan terpandu gitu. Maka dengan itu...saya menulis semula!

    Resah juga ni kalau-kalau sebab yang sama membuatkan saya koma menulis.
    Tapi, bukan ke seorang mukmin tu tak terjatuh ke lubang yang sama 2 kali?

    Semangatlah! 








  2. 3 comments:

    1. ha|ana|zak25 said...

      gO, kak laiqa gO ^^
      Insha-Allah semoga terus thabat menebar fikrah menerusi mata pena.

      salam taaruf dari cairO, 'Atiqah ; house-mate kinah azmi dan izzati azmi :D

    2. Atiqah! Bertemu lagi di alam komentar blogger *segan*

      Saling mendoakan ukhti. Moga berpeluang untuk bertemu mata suatu hari nanti, insya-Allah :)

    3. kak kho ya ro ya ha said...

      Salam.

      Baru jumpe belog menarik nih. yeay, follow!
      Moga thabat adik. :)

    Post a Comment