Rss Feed
  1. Ayuh Beralasan!

    Tuesday, 13 November 2012

    Hari ini saya nak ajar satu skill kehidupan.
    Skill ini mudah saja. Sangat senang dipelajari. Jangan risau. 
    Apa yang paling penting, kemahiran ini sangat berguna buat mereka yang tak serius dalam tarbiyah.
    Pasal harga jangan risau, pengajaran ikhlas, FOC!

    Ayuh mula. 

    Tips Mencipta Alasan
    1. Mulakan dengan isu yang mudah. 
       Contoh: "ukhti, nak ikut ziarah Cik Nab?"
                     -tak dapatlah. huhu...

    2. Mulakan dengan musabab yang mudah juga.
        Contoh: *sambungan atas*
                      ...ana ada diskusi yang beratur.
                     
    3. Sertakan alasan dengan kesan jangka masa separa panjang. 
        Contoh:  *sambungan atas*
                      ...kalau tak join discussion nanti ana jadi free-rider pula. Fitnah tu kak. 

    4. Jangan ulangi alasan yang sama pada orang yang sama. Anda masih amatur. Banyakkan berlatih

    5. Ciptalah alasan yang meraih simpati, contohnya melibatkan CGPA, kesihatan, persaudaraan dan lain-lain. Jarang-jarang orang meraguinya. 

    6. Mahu alasan kreatif? Usah bimbang. Kuatkan tekad dalam hati betapa tak naknya anda akan program-program tarbiyah & yang sewaktu dengannya, insya-Allah alasan yang kreatif hadir dengan sendirinya. 

    7. Jangan berfikir dua kali sama ada nak beralasan atau tak. TERUSLAH beralasan. Alasan yang bercampur  rasa bersalah jarang menjadi. 

    8. Latih, latih, dan latihlah diri anda beralasan. Memudahkan penciptaan alasan yang spontan. Orang tak meragui dengan non-verbal communication anda. Lidah tak bertulang kawan-kawan, berlatihlah beralasan. Mudah tubik, insya-Allah. 

    9. Anda tak perlu risau andai minat mencipta alasan mulai sirna. Buat alasan sangat addictive. Sekali cuba & berjaya, pasti nak lagi.  


    Cukuplah dulu tips tersebut. Nanti saya tambah. Praktikkanlah dulu apa yang ada. Jangan tamak.
    Selamat maju jaya!

    oh. Baca dulu peringatan awal:


    Peringatan awal sebelum mencuba

    1. Tips ini berkesan hanya untuk mereka yang ragu-ragu dengan keterlibatan dalam jalan dakwah & tarbiyah. Tak valid  untuk diguna pakai dalam soalan peperiksaan yang memerlukan alasan/reasons.

    2. Yakinlah dengan tips yang dibekalkan. Sesungguhnya hanyalah anda satu-satunya insan yang paling sibuk dalam dunia ni. Program tarbawi patut dikendiankan. Sahabat-sahabat nabi, tokoh pejuang terdahulu dan kontemporari pun tak sesibuk anda. Percayalah.

    3. Tak perlu gundah dengan pandangan orang, terutamanya naqib/ah. Mereka sentiasa bersangka baik dengan kita. Paling faham lubuk hati & sanubari. Husnu zhon sokmo.

    4. Diri anda akan makin jauh dengan ikhwah/akhawat/ rakan sebulatan gumbira etc. Juga makin jauh dengan Allah dan lesu hati. Jangan terkejut , apalagi merungut. Itu kesan biasa bagi mereka yang beralasan. Okay kan? Sekurangnya anda hidup jasadi.

    5. Selain keseronokan yang seketika, dan terlepas dari lelah dunia yang sikit-sikit, saya tak jumpa lagi kesan positif beralasan. Kalau ada bagitahu ya? 

    6. Lupa untuk ingatkan. Beralasan hanyalah langkah pertama untuk mencapai matlamat akhir: tercicir dalam jalan dakwah. Ya, itulah matlamat sebenarnya, walaupun tanpa anda sedari. Jangan cakap saya tak warning ya? Kalau betul-betul serius nak mencicirkan diri, terus-teranglah dari awal. Lebih senang, jimat masa. Kan anda sibuk? Ramai lagi mereka yang 'lapang' untuk bekerja dalam jalan dakwah. 

    7. Bila kebangkitan Islam mula menyinar, usah sedih bila anda bukan sebahagian daripada tunggaknya. Golongan yang beralasan tak mungkin wujud di sini. Cuba teka, golongan seperti itu wujud di mana?

    8.  Usah sedih juga bila sumber pahala anda hanyalah yang membabitkan amalan fardhi saja. Jarang-jarang mereka yang beralasan ini fikir untuk kemaslahatan orang lain. Ada ke? Kalau ada, tolong maklumkan ya? Mahu update *wink-wink*

    9. Untuk pengetahuan, akan tiba suatu saat yang anda rasa marah dengan diri-sendiri kerana kaya dengan alasan. Dan kekayaan itu tidak pula boleh didermakan. Usahlah menuding jari pada Allah dan mendakwa Dialah yang mentakdirkan segalanya. The choice is in your hand.  Sebab tu saya adakan peringatan sebelum mencuba.


    Okay, sampai di sini saja perkongsian percuma saya. 
    Langkah mudah-cepat dan berkesan-melesukan hati dan momentum dakwah.

    Cubalah! Jangan kata saya tak warning. *wink-wink*



    p/s: tulisan ini disusun dalam bentuk abnormal. Cubaan membacanya dengan cara normal adalah bahaya & menimbulkan salah faham yang serius terhadap isi dan penulisnya. Wallahu a'lam. 

  2. 0 comments:

    Post a Comment