Rss Feed
  1. Tuesday, 30 December 2014

    A: Haih, orang join usrah pun pergi tengok wayang ke?

    B: Kenapa tidak?

    A: Kenapa ye? Bukan ke Hassan Al-Banna kata jauhi pawagam?

    B: Yeke Hassan Al-Banna kata gitu?

    A: Kenapa tak kaji sendiri?

    B: Macam mana nak kaji? Bukan ke beliau dah syahid?

    A: Tak pernah belek buku-buku IHAB ke?

    ...lalu berterusanlah sesi soalan demi soalan tanpa jawapan.
    Adakah  A dan B sedang bermain sketsa soal menyoal?
    Ataupun mereka benar-benar tak tahu?

    Ada yang tahu?

    Yeah. Saya pun nak main soal menyoal sekarang.
    |


  2. Wednesday, 27 August 2014

    Cik Mah & cik Yah begitu acap mengeluh bila sakit kepala datang menyerang.
    "Aduh...aduh...adudui" bunyinya.

    Telan sebiji dua paracetamol mampu beri kelegaan segera pada mereka.

    Tapi tiada pula kedengaran kalimah hamdalah atau yang sewaktu dengannya daripada mulut mereka.

    Maka, tak heranlah kalau sakit kepala datang menjengah mereka lagi. Mungkin juga berganda.

    "Aduh...aduh...adudui" makin kuat kedengaran.
    |