Rss Feed
  1. Kayuhlah...lagi!

    Wednesday, 8 August 2012

    Saya ada basikal.
    Dia pun ada basikal.
    Mereka ada basikal juga.

    Basikal saya rodanya empat
    Dia canggih, beroda satu.
    Mereka yang ramai, beroda-roda.

    Semua pun mengayuh.
    Walaupun kami ada basikal,
    kami bukannya nak berlumba pun.
    Bukan nak tengok siapa menang siapa kalah.
    Apatah lagi nak bandingkan basikal siapa lebih hebat.

    Tapi...
    yang paling penting
    siapalah agaknya di antara saya dia dan mereka 
    yang tetap mengayuh dalam terik dan hujan
    dalam siang dan malam.

    Kayuhlah...lagi!

    p/s: saya xde basikal pun sebenarnya
    |


  2. Ramadhan: Sekolah & IPT

    Wednesday, 1 August 2012

    Saya terdetik untuk muhasabah semula Ramadhan saya yang lepas-lepas,
    bila jawab soalan Ukht Zida dekat FB: Ramadhan mana lagi best? 


    Saya pilih puasa di sekolah menengah & puasa di uiam.
    Kenapa?

    1. Puasa di SMIH
    Sepanjang 5 tahun di sana, rasanya 4 kali Ramadhan jatuh waktu persekolahan, bukan waktu cuti.
    Dan yang paling membekas adalah Ramadhan di tingkatan 5, tahun SPM, otai sekolah kononnya. 
    Itulah tahun pertama & terakhir jadi aspuri. 

    Bila fikir semula, saya sangat kagum dengan usaha asatizah menghidupkan suasana Ramadhan.
    Doa Rejab, Syaaban &  Ramadhan selalu dibaca bersama sebelum mula belajar & lepas solat Zuhur.
    Ceramah tentang semarak Ramadhan selalu diadakan.
    Guru-guru dan nuqaba' pun tak pernah miss selitkan peringatan dalam kelas & usrah mingguan.
    Memang basah. Ke mana saja pergi semua bercakap tentang Ramadhan.

    Saya masih ingat ketika 1 Ramadhan hampir tiba.
    Bergema suasana sekolah dengan ucapan "Ramadhan Kareem" & "kullu 'am wa antum bikhair".
    Senior-junior-asatizah-kerani-pak cik kebun-lollipop man-makcik kantin-pak guard,
    semua pun saling bersenyuman dan mengucapkan selamat & menyahut "Allahu akram".
    Berbunga taman hati masing-masing. 





    Paling saya suka bila asatizah agendakan kami i'tikaf di Masjid UTM.
    Masjid UTM agak jauh ye dengan sekolah, dan saaaangat dekat dengan rumah ^^
    Sepanjang perjalanan ke sana, ustaz-ustazah borak-borak lagi tentang nikmat Ramadhan. Asyik!
    Berebut makan dalam talam dengan students sana, bertadarrus, lumba-lumba isi masa dengan tilawah.
    Sejuk perut mata bila ingatkan semula. 
    Gap yang sekejap antara subjek pun sempat baca sehelai muka. Aduh, rindu!

    Oh! Ada satu  kali tu, sekolah anjurkan kempen tahsinul qiraat. 
    Wah. Yang ini memang terbaik.
    Belajar semula sebut huruf, makhraj, tajwid. 
    Bunyi macam bosan, tapi semua makin bersungguh baca Quran sambil berusaha penuhi hak-hak tajwid.
    Habis kempen, minggu depannya ada majlis grand khatam Quran beramai-ramai pula. 

    Bila tiba 10 malam terakhir, lebih terasa.
    Junior-senior saling kejutkan untuk bangun lebih awal, qiam di musolla.
    Musolla masa tu baru siap. Fresh, lapang, bersih & nyaman.
    Nyaman untuk buat qiam. Lebih nyaman untuk tertidur juga.
    Terang-benderang musolla. Jarang-jarang terang
    Biasa gelap. Budak asrama main sorok-sorok kat situ.

    Sebenarnya banyak lagi yang belum saya sebutkan: 
    Malam Badar, kuiz Ramadhan, pertandingan hafazan & tilawah Quran, pertandingan persembahan dsb.
    Tapi saya rasa cukuplah kongsikan ini dahulu. 
    Sayang tak dapat upload gambar sebagai bahan bukti.
    Dulu kamera bukan benda yang penting pun macam sekarang.

    Kesimpulannya memang seronoklah berpuasa di sekolah.
    Agenda Ramadhan pihak sekolah yang siapkan. Kami follow saja
    Sekarang mungkin agak terbatas untuk buat benda yang sama di IPT.
    Tapi tak mustahil untuk dibuat. 
    Asalkan ada kehendak
    Dan kehendak itu dikongsikan pula dengan rakan-rakan yang seniat, maka tak mustahillah!

    Kalau sempat next entry saya kongsikan pengalaman puasa di UIAM, insya-Allah.

    p/s: masih berharap Ramadhan berlalu dengan merangkak-rangkak.
    |