Rss Feed
  1. Makanan Idaman

    Monday 8 August 2016

    Katanya tanda bawaan budak
    Semua makanan diidam belaka
    Bukannya susah sampai nun di Perak
    Paling jauh pun letaknya di Melaka

    Gittuh. 

    Pantun di atas menggambarkan secara ringkas pos kali ini. 
    Biar tak gramatis, asal sampai maknanya (harap sampailah!)

    Senarai pun tak berapa lengkap sebab ingat-ingat lupa.
    Yelah, time teringin takdelah nak lukis sebab sibuk cari sampai dapat.
    Bila dah dapat, selain syukur, seronok Alhamdulillah...dah lupa dah. 
    Duk sibuk buru makanan idaman yang lain pula.

    Pun begitu, janganlah disangka sepanjang 9 bulan berlangsung dengan penuh meriah pemburuan makanan idaman. 
    Tetap menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
    Seperti anda-anda jugalah kiranya,

    Gittuh. 

    1. Kentucky Fried Chicken (KFC)












    Sangatlah common. Tapi yang menjadi cabaran ialah waktu teringin tu datang.
    Subuh contohnya. Contoh je. Mujurlah ada yang 24 jam. Fiuhuhu


    2. Daging Salai Masak Lemak Cili Padi



















    Sebenarnya tak berniat pun nak jadi makanan idaman. Tapi sebab Kak Aishah Hatta tetiba tersebut pada satu Maghrib di bulan puasa, maka terjadi idaman di hati. Mujurlah K.Aishah ada bagi kedai yang memang masak lauk ni dengan sedapnya....Raso Omak Den!



    3. Slurpee 7-Eleven



















    Yang warna hijau. Sekian


    4. Beef/Lamb Steak

















    First time makan dekat Wangsa Grill by Chef Zubir.
    Nak menangis makan. Semua elemen sedap...sukur...sukur
    Esok lusa tulatnya, adik ajak makan Western food lagi.
    Menangis lagi. Sebab muntah dah. Babies tak nak western food lagi dah ;p


    5. Juadah raya Atok















    Dalam dilema sungguh Ramadhan masa tu.
    Sangat tak nak Ramadhan pergi dengan cepat.
    Tapi nakkkkk sangat-sangat lauk pauk raya yang Atok masak
    Dilema. Oh dilema. 

    Kadang-kadang sampai tersasul nyanyi dalam hati...
    "ketupat rendang sila nikmati kawan. Penat tok masak malam ke pagi"


    6. Mee Tarik Warisan Asli

















    Anggaplah tu Abang Hasan yang tengah tarik mi warisan yang asli.
    Tapi masa mi tarik ni jadi idaman hati yang paling top, kedai tak buka pulak.
    Maka wujudlah istilah yang bernama 'kempunan' masa tu. 

    Nanti bila babies lahir & ada fasa depa main-main air liur atau air liur menjejeh dengan banyak, lepas tu ada orang tanya "apalah agaknya yang mak dia tak dapat dulu ni?"

    ...I would say "ha...tulah..Kempunan Mi Tarik :) "


    7. Pari Bakar



















    Sesungguhnya, pari bakar yang tersedap pernah rasa ialah dekat Bazar Ramadhan Taman Universiti Skudai Johor. Sekian. Tapi sebab jauh, mujurlah lidah boleh tolerate dengan pari bakar yang apa adanya :)


    8. Hot&Roll, Big Apple


















    Apakah. 
    Apakah jenis makanan idaman lah ni




    Senarai bukan berhenti setakat lapan saja. 
    Ada lagi. Tapi seperti yang disebut di atas...tak hengat.
    Maka...lapanlah dulu :)
    Sekian


    Gendang gendut tali kecapi
    Kenyang perut suka hati

    Astaghfirullah