Rss Feed
  1. Kho nan Solo

    Wednesday 28 November 2012

    Jimha khabarnya dah pun terkenal sejak kisahnya diterbitkan.
    "25 friend requests per day, 100+ follower requests. Pening tau. 
    Macam mana Jimha nak masak ni? Tolonglah!", dakwa Jimha.

    Kasihan Kho.
    Serba salah pula saya.
    Bertangguh tulis tentangnya.
    Baiklah, saya mulakan sekarang.
    Kho, harap bersedia. Kot-kotlah orang mula google pasal awak lepas entry ni.
    Awas ye Kho, usah terpedaya dengan popularitas.

    Pendek sungguh nama Kho. Kho saja. Ya, itu saja. Tiga huruf.
    K-H-O. Tak lebih, tak kurang. Tapi, nama yang sungguh unik.
    Kho SANGAT PANTANG kalau orang salah sebut namanya.
    Makhraj harus tepat. Huruf izhar tu. Tiada sengau, apatah lagi dengung bila sebutnya.
    Harap semua maklum ya dari mana tempat keluar bunyinya.
    Mulut sedikit muncung bila menyebutnya.
    Kalau muncung, sah! Begitulah sebutnya.
    Andai tak cukup muncung, latihlah lagi.
    Melenting Kho kalau diketahuinya.
    Mujur saya tukang tulis saja.

    "Assalamualaikum wbt, ismi KHO. Laisa Ko, wa laisa Ho. KHO faqat"
    Ewah. Berbahasa Arab pula. Tapi begitulah pengenalan Kho bila bertemu kenalan baru.
    Berbahasa Arab, tegas tapi penuh mesra. Boleh bayang?

    Kho ini tak comel orangnya.
    Kacak pun tidak, cantik apatah lagi.
    Keningnya tinggi tajam. Kening fresh kata orang moden.
    Sekali dijegil sikit mata sepetnya....ALLAHU AKBAR!!!
    Berdebar jantung keterkejutan! Semacam halilintar sambar-menyambar.
    Garangnya...nauzubillah.

    Tapi...bila bibirnya melengkung kesenyuman, masya-Allah...manisnya.
    Tak sedikit yang terpana dengan senyumannya.
    Lagi-lagi bila dengar seloroh Jimha. Merah-merah muka tahan gelak.
    Jangan risau. Kho ni baik orangnya.
    Mungkin tampak garang, tapi cubalah taaruf dulu.
    Tak kenal maka taaruflah kan?

    Di sebalik muka yang garang tu, jangan tak tahu...
    ...masak-masak adalah kegagalan terbesarnya.
    Selalu tak menepati matlamatnya.
    Buat roti telur jadi ayam goreng.
    Masak lompat tikam jadi serawa durian.
    Nasi beriani gam jadi char kueh teow.
    Ajaib kan? Bunyi macam tak logik. Tapi...apa boleh buat. Itulah.

    Untung saja Kho ini sangat pandai PR & pengurusan.
    Tahu PR? Public relation lah.
    Ayat manis & beretika melayan pelanggan yang kunjung.
    Ayat manis tak bermaksud kaya dengan puji manusia atau menipu ya?
    Jemput berguru dengan Kho untuk skill ayat manis sampai diabetis.
    Bagi Kho, segala puji tiada yang berhak melainkan hanya pada Allah sahaja.
    Begitulah prinsip Kho dalam berbicara.
    Tak hairan Restoran Jimhakho kekal mapan hingga ke hari ini.

    Eh. Rasa terpanjang pula kisah Kho ini.
    Intihanya, Jimha & Kho saling melengkapi.
    Satu pandai masak, satu pandai makan.
    Sorang muka comel, sorang muka garang.
    Haih, saling melengkapilah!
    Untung saja sama jantina. Kalau tak, dah lama dapat kad wangi dari mereka.

    Ada saya mention jantina mereka?
    Takde kaaaaaaan?
    Cubalah teka!

  2. 5 tahun dari sekarang

    Friday 16 November 2012

    "Kami berjanji, 5 tahun dari sekarang, kami akan kumpul semula dan banding. 
    Siapakah di antara kami yang masih thabat dalam jalan dakwah. 
    Bukan saja thabat, malah aktivis tegar dalam jalan dakwah"

    Itu perjanjian mereka.
    Termetrai zaman dulu, tahun 2006.
    Ramai menjadi saksi, termasuk saya sendiri.

    5 tahun dah pun berlalu, malah terlebih lagi
    Dan mereka..
    ..benar-benar menepati janji mereka.
    Bukan hanya thabat, malah penggerak, peneraju dalam dakwah.

    Kagum.
    Perjanjian yang bukan omongan kosong.

    Itu janji mereka.
    Janji saya bagaimana?

    5 tahun akan datang: 2017
    Pada usia 27 tahun, di mana saya ketika itu?
    Sudah ada Master kah untuk manfaatkan ummah?
    Jadi clinical psychologist kah

    Terbuai kah dengan tawaran dunia?
    Generasi harapan sudah terlahirkah?
    Berapa mad'u yang terkumpul dan terbina?
    Adakah masih menjadi jundi kemetot?
    Atau lebih matang T&D ini?


    Dalam hati kecil saya berjanji,
    TAKKAN BERPALING DARI JALAN INI!


    p/s: wahai yang membaca. mari saling menguatkan. Jauh di sudut hati, anda pun mahu begitu kan? Saya tahu.





  3. Ayuh Beralasan!

    Tuesday 13 November 2012

    Hari ini saya nak ajar satu skill kehidupan.
    Skill ini mudah saja. Sangat senang dipelajari. Jangan risau. 
    Apa yang paling penting, kemahiran ini sangat berguna buat mereka yang tak serius dalam tarbiyah.
    Pasal harga jangan risau, pengajaran ikhlas, FOC!

    Ayuh mula. 

    Tips Mencipta Alasan
    1. Mulakan dengan isu yang mudah. 
       Contoh: "ukhti, nak ikut ziarah Cik Nab?"
                     -tak dapatlah. huhu...

    2. Mulakan dengan musabab yang mudah juga.
        Contoh: *sambungan atas*
                      ...ana ada diskusi yang beratur.
                     
    3. Sertakan alasan dengan kesan jangka masa separa panjang. 
        Contoh:  *sambungan atas*
                      ...kalau tak join discussion nanti ana jadi free-rider pula. Fitnah tu kak. 

    4. Jangan ulangi alasan yang sama pada orang yang sama. Anda masih amatur. Banyakkan berlatih

    5. Ciptalah alasan yang meraih simpati, contohnya melibatkan CGPA, kesihatan, persaudaraan dan lain-lain. Jarang-jarang orang meraguinya. 

    6. Mahu alasan kreatif? Usah bimbang. Kuatkan tekad dalam hati betapa tak naknya anda akan program-program tarbiyah & yang sewaktu dengannya, insya-Allah alasan yang kreatif hadir dengan sendirinya. 

    7. Jangan berfikir dua kali sama ada nak beralasan atau tak. TERUSLAH beralasan. Alasan yang bercampur  rasa bersalah jarang menjadi. 

    8. Latih, latih, dan latihlah diri anda beralasan. Memudahkan penciptaan alasan yang spontan. Orang tak meragui dengan non-verbal communication anda. Lidah tak bertulang kawan-kawan, berlatihlah beralasan. Mudah tubik, insya-Allah. 

    9. Anda tak perlu risau andai minat mencipta alasan mulai sirna. Buat alasan sangat addictive. Sekali cuba & berjaya, pasti nak lagi.  


    Cukuplah dulu tips tersebut. Nanti saya tambah. Praktikkanlah dulu apa yang ada. Jangan tamak.
    Selamat maju jaya!

    oh. Baca dulu peringatan awal:


    Peringatan awal sebelum mencuba

    1. Tips ini berkesan hanya untuk mereka yang ragu-ragu dengan keterlibatan dalam jalan dakwah & tarbiyah. Tak valid  untuk diguna pakai dalam soalan peperiksaan yang memerlukan alasan/reasons.

    2. Yakinlah dengan tips yang dibekalkan. Sesungguhnya hanyalah anda satu-satunya insan yang paling sibuk dalam dunia ni. Program tarbawi patut dikendiankan. Sahabat-sahabat nabi, tokoh pejuang terdahulu dan kontemporari pun tak sesibuk anda. Percayalah.

    3. Tak perlu gundah dengan pandangan orang, terutamanya naqib/ah. Mereka sentiasa bersangka baik dengan kita. Paling faham lubuk hati & sanubari. Husnu zhon sokmo.

    4. Diri anda akan makin jauh dengan ikhwah/akhawat/ rakan sebulatan gumbira etc. Juga makin jauh dengan Allah dan lesu hati. Jangan terkejut , apalagi merungut. Itu kesan biasa bagi mereka yang beralasan. Okay kan? Sekurangnya anda hidup jasadi.

    5. Selain keseronokan yang seketika, dan terlepas dari lelah dunia yang sikit-sikit, saya tak jumpa lagi kesan positif beralasan. Kalau ada bagitahu ya? 

    6. Lupa untuk ingatkan. Beralasan hanyalah langkah pertama untuk mencapai matlamat akhir: tercicir dalam jalan dakwah. Ya, itulah matlamat sebenarnya, walaupun tanpa anda sedari. Jangan cakap saya tak warning ya? Kalau betul-betul serius nak mencicirkan diri, terus-teranglah dari awal. Lebih senang, jimat masa. Kan anda sibuk? Ramai lagi mereka yang 'lapang' untuk bekerja dalam jalan dakwah. 

    7. Bila kebangkitan Islam mula menyinar, usah sedih bila anda bukan sebahagian daripada tunggaknya. Golongan yang beralasan tak mungkin wujud di sini. Cuba teka, golongan seperti itu wujud di mana?

    8.  Usah sedih juga bila sumber pahala anda hanyalah yang membabitkan amalan fardhi saja. Jarang-jarang mereka yang beralasan ini fikir untuk kemaslahatan orang lain. Ada ke? Kalau ada, tolong maklumkan ya? Mahu update *wink-wink*

    9. Untuk pengetahuan, akan tiba suatu saat yang anda rasa marah dengan diri-sendiri kerana kaya dengan alasan. Dan kekayaan itu tidak pula boleh didermakan. Usahlah menuding jari pada Allah dan mendakwa Dialah yang mentakdirkan segalanya. The choice is in your hand.  Sebab tu saya adakan peringatan sebelum mencuba.


    Okay, sampai di sini saja perkongsian percuma saya. 
    Langkah mudah-cepat dan berkesan-melesukan hati dan momentum dakwah.

    Cubalah! Jangan kata saya tak warning. *wink-wink*



    p/s: tulisan ini disusun dalam bentuk abnormal. Cubaan membacanya dengan cara normal adalah bahaya & menimbulkan salah faham yang serius terhadap isi dan penulisnya. Wallahu a'lam.