Rss Feed
  1. Restoran Jimhakho

    Wednesday, 20 June 2012

    Ada sebuah rumah makan.
    Laziz jiddan katanya.
    Jadi bualan ramai orang.
    Yang hulu, yang muara, yang di bukit yang di pulau...
    Restoran Jimhakho namanya.

    Alhamdulillah. Jimhakho makin mendapat tempat di hati pelanggan.
    Pemilik Jimhakho merupakan sahabat handai sejak kecil: Jimha & Kho.

    Jimha &Kho bersyukur atas kemajuan perniagaan mereka.
    Mereka berazam untuk melebar sayapkan restoran mereka.
    Namun, timbul satu isu.

    Jimha beria-ia mahu buka cawangan di setiap negeri.
    Kho pula lebih senang dgn idea memantap & menambah kepelbagaian dalam menu mereka.

    Jimha & Kho kini buntu.
    Masing-masing optimis dengan rancangan sendiri.

    Jimha berangan supaya terlihat papan tanda 'Restoran Jimhakho' di merata tempat. Lagi elok kalau cawangannya sebanyak Key Eff Si dan Mek Dee. Mudah dikenali!!

    Kho pula rasa, biarlah restoran mereka yang seketul itu dikenali sebagai satu-satunya tempat yang sediakan menu special lagi unik. 'If you want to taste them, come here. The one and only', kata Kho.

    Masing-masing punya matlamat yang sama.
    Hanya untuk majukan restoran mereka yang tercinta.
    Apa ada jalan tengah buat mereka?
    Atau ada di sana unsur toleransi?
    Ini terpulang pada Jimha & Kho.

    Dua-dua tidak mustahil dijalankan,
    andai saja mereka tahu s.w.o.t mereka
    dan mengenalpasti keutamaan mereka, kan?

    Apa akan jadi pada Restoran Jimhakho?
    Sama-sama kita nantikan, dan semoga Jimha & Kho dpt membuat keputusan yang matang.


  2. ...kalau sekali tertangguh, rasa berat pula nak sambung.
    Tapi, ruginya kalau tersimpan sendiri. Berkongsilah, mudahan bermanfaat.

    (sambungan)

    3.Pembentangan Khas
    Menampilkan dua orang tokoh yang sangat ahli dalam bidang sejarah, Prof. Dr. Khazin & Tn. Haji Yahya, kupasan tentang Panglima Awang dan perjuangan menentang penjajah Portugis & Belanda sangat padat & informatif.

    Persoalan seperti siapakah Panglima Awang, wujudkah beliau, mengapa beliau pilih untuk murtad dan sebagainya terjawab dalam sesi pembentangan ini. Sekurang-kurangnya, kita melihat fakta yang sama dari sudut yang berbeza. Ada kemungkinan Panglima Awang bukanlah dengan rela hati keluar dari Islam, tapi disebabkan menjadi hamba kepada kapitan Portugis, Magellan. Boleh jadi, Panglima Awang adalah mangsa keadaan pada waktu itu.

    Jujurnya, bila bercerita tentang sejarah...mudah saja menguap. Bukan sekali dua yang pasti. Tapi bila diselang-selikan dengan pantun & peribahasa, masya-Allah! Rugi sungguhlah andai tak kenal sejarah.

    "Sejarah adalah cerminan yang lepas, pemetaan untuk yang akan datang"
    (Tn . Haji Yahya bin Abu Bakar, KOMPAS 2012)




    keep taking note leqa! so you won't mamai~


    4.Survival Umat Melayu
    Sekadar mengenang-ngenang keagungan & kehebatan pada masa lalu tidak cukup.
    Sedar dengan kehebatan dan potensi melayu-muslim, tindakan harus diambil untuk hadapi ancaman-ancaman pemikiran pada masa kini.

    Sebagai generasi anak merdeka, kita mungkin kurang terdedah dan berpengalaman dengan serangan fizikal seperti peperangan dan pertumpahan darah. Tetapi, sama ada kita sedar atau tidak, serangan pemikiran seperti pluralisme, LGBT, sekularisme dan lain-lain lagi kian meracuni akal fikiran umat kita.

    Meleburkan jati diri dan integriti. Tanpa cakna pada ilmu dan isu semasa, boleh jadi kita sendiri adalah mangsa.

    5. Perjuangan Survival Ummah
    Sohwah sempat menyelit & dendangkan 2 lagu sebelum slot terakhir bermula. Wah. Hampir lupa saya tentang Sohwah. Persembahan lagu 'Berita Kepada Kawan' & 'Warisan' hebat. Mabruk! Masuk ke dalam hati. Oh, terima kasih jugaklah kepada warga lampu-lampi yang sudi memalapkan lampu. Feelnya lebih terasa. Cukuplah untuk buat hadirin segar bugar semula!


    Alhamdulillah, untung dapat mendengar sendiri perkongsian daripada Syeikh Ikrimah Sobri, mantan mufti Palestin. Salasilah keluarga beliau terlibat secara langsung & berkhidmat untuk al-Aqsa 500 tahun lamanya. Allahu akbar!


    Cuba-cuba juga faham dulu ayat syeikh sebelum Ustaz Sharuzzaman translate
    Kurang berjaya. Padan muka. Kena rajin tengok Kibar lepas ni.


    "Umat Islam pernah dijajah, di seluruh dunia. Palestin juga begitu.Palestin, bukan sekadar dijajah, malah ditolak kerakyatan  di negeri sendiri.Kalian mengharapkan kebangkitan Islam di Malaysia. Palestin juga begitu".
    (mafhum kalam Syeikh Ikrimah Sabri, KOMPAS 2012)

    Tertarik dengan ayat syeikh. Benarlah kata pepatah: di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung.

    Kita menyaksikan sendiri pada hari ini, walau di mana pun letaknya, setiap umat Islam berusaha memperjuangkan kalimah Allah di tanah air masing-masing. 

    Kita mengharapkan kebangkitan Islam di Malaysia, begitu juga mereka.
    Andai kita merasa letih dan jemu berjuang di negeri sendiri, ambillah semangat daripada rakyat Palestin.
    Siri perjuangan mereka lebih panjang dan lebih dahsyat. Kenapa mesti kita mengeluh kan? 


    Saya kira perkongsian Syeikh ini mengakhiri KOMPAS dengan moleknya. Kita bukan sekadar berjerit-perih, bersusah-payah martabatkan Islam di negara ini saja. Nasib saudara seagama di tempat lain juga perlukan prihatin dan doa kita. Cubit peha kanan, peha kiri turut terasa.


    Pendek kata, saya berpuas hati dengan KOMPAS!!
    Andai kata dibuat sequel pula, saya menyeru anda-anda untuk hadir sama ^^
    Semoga Allah melapangkan masa kita untuk ini. 


    p/s:Dan dua perkara yang saya jakun sepanjang KOMPAS:
    1-Majlis mula awal 15min dan tamat 15 min awal juga. Tahniah! Jarang terjadi
    2-First time tak ngantuk untuk program sehari. ...and trust me,  I wasn't caffeinated at all. Alhamdulillah. Sedikit tahniah buat diri sendiri




  3. Antara nikmat & ujian

    Sunday, 17 June 2012


    Kita kadang-kala cuba memahami sesuatu dengan konsep yang mudah.

    Andai kita terima sesuatu yang baik & menyenangkan, maka kita sangka itu adalah positif.

    Contoh:
    1# Dapat ole-ole daripada kawan: "Oh, sayang juga Temah kat aku. Boleh masuk BFF list ni".
    2# "Bidin selalu senyum bila aku bagi tazkirah. Agaknya dia berkenan aku kasi tazkirah kot".
    3# "Yeay, dapat DL lagi. Mesti baba ajak makan kat Seoul Garden malam nih"




    ...dan untuk perkara yang buruk atau tak menyenangkan, kita labelkan sebagai benda negatif.

    Contoh:
    1# Kak Long jeling je masa makan lari-lari tadi. Kak Long tak suka perangai macam tu agaknya.
    2# Umi tak kasi tengok tv lagi dah. Padan muka, siapa suruh balik lepas maghrib. huhu~
    3# Aloh, dapat B- pulak. Hmmm...study tak berkat lah ni. Huu lagi.

    Dengan konsep yang dipanggil reiforcement & punishment, kita fahami banyak perkara atas dasar ini. Ya...semudah itu. Dan, itu bukanlah silap mana-mana pihak ataupun sesiapa. Kerana memang umumnya begitulah caranya manusia berinteraksi & deal sesama sendiri:

    Benda yang seronok, best, bermanfaat...POSITIF.
    Benda tak seronok, mengecewakan...NEGATIF.

    Dan kerana itu kita mungkin menyangka dengan segala nikmat yang Allah beri, maka kita assume kita punyai hubungan yang kamceng atau baik dengan Allah. Bilamana ditimpa kesusahan, kita akan bersangka..."oh, Allah dah tanak pandang dah hamba pacal hina lagi dina ni".


    Walhal sangkaan kita bukannya benar. Allah tidak handle manusia dengan cara yang sama sebagaimana kita berinteraksi sesama kita.

    "Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku teah memuliakanku". Namun, apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinaku"".(Al-Fajr: 15-16)

    Sebaliknya, nikmat kesenangan & kesulitan adalah ujian buat kita. Tet..tapi seringkali kita lupa~

  4. Pasca KOMPAS: Episod 1

    Saturday, 16 June 2012

    Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
    Syukur tak terhingga. Semester ini saya agak bertuah.
    Tamat exam super awal. Sempat join NAZIM untuk Kem Huffaz Cilik.
    Santaian sebelum ke KOMPAS.

    Jujurnya, saya agak bersemangat untuk konvensyen ISMA kali ni.
    Kurang pasti. Mungkin lapang hati selepas exam?
    Mungkin kesan gumbira dengan huffaz cilik? Yang penting, semangat.

    Disebabkan semangat, saya kongsikan di sini pengamatan saya semasa KOMPAS berlangsung.
    Sekurangnya jadi pengubat kempunan rakan-rakan yang tak dapat hadir kerana exam.



    Kami sampai awal di Putrajaya. Alhamdulillah. Tidak sesak, apatah lagi sesat.
    Parking okay, pendaftaran okay, kupon, goody bag..Alhamdulillah! Baik-baik belaka.
    Dan, kami cop seats yang terbaik, khususan untuk fokus pada pengisian seharian ini.

    Saya kira KOMPAS adalah kesinambungan KEMM pada tahun lalu. Dalam KEMM kita fahami & menyaksikan perkaitan rapat antara Melayu & Islam & pentingnya untuk melayu-muslim itu bersepakat.
    Okay, andailah persepakatan dicapai...then, what's next? KOMPAS ada jawapannya :D
    KOMPAS pula seolah cuba membawa hadirin yang tertanya-tanya: lepas sepakat, 'what's next?'


    1. Ucapan-ucapan
    Dalam ucapan Presiden ISMA & Datuk Jamil Khir, dapat saya simpulkan bahawa melayu & Islam itu tidak dapat dipisahkan. Mulianya bangsa melayu itu kerana Islam yang menjadi pegangan hidup. Di sini tidak sepatutnya timbul isu asabiyyah hanya kerana berasa izzah dengan bangsa. Sekiranya suatu bangsa itu merasakan mereka lebih superb & hebat berbanding bangsa lain, naaah...itulah asabiyyah atau ethnocentrism.


    Kini, situasi di Malaysia mendesak melayu-muslim untuk bersatu & bersepakat. Ancaman-ancaman halus ideologi pelik lagi sesat makin beranak-pinak dengan banyaknya. Andai saja kita masih tidak sedar akan kepentingan menurunkan ego masing-masing  & bersepakat pada isu ummat, nantikan saja kita menjadi pedagang di bumi sendiri. Nauzubillah!

    2. Pidato & Dokumentari
    Saya ternanti-nanti pidato Abang Badr kali ni. Lebih-lebih lagi selepas berpeluang ikuti program Bijak Bicara beliau. Kalau di KEMM pidato beliau berjaya membuatkan saya berhenti kunyah roti & ada takungan air mata, kali ni bagaimana pula?

    Saya menjangkakan mungkin ada persamaan approach dalam pidatonya. Tapi jangkaan mentah saya meleset. Dimulai dengan kebobrokan umat Islam masa kini, penonton kemudian diajak mengimbau bagaimana Islam dijadikan sebagai tonggak kehidupan, lantas menjadikan Kerajaan Umayyah, Abasiyyah, Uthmaniyah hebat....begitu juga kesultanan melayu Islam Melaka.

    "...bangsa Melayu menjadi mulia, bangsa Melayu menjadi hebat kerana Islam. Bukannya kita mengangkat bangsa mengatasi agama. Tetapi kita menggunakan kekuatan bangsa untuk mendaulatkan agama".
    (sedutan pidato  akh Badrul Sani, KOMPAS 2012)

    Saya menantikan bagaiman Abang Badr selitkan aspek kemelayuan dalam pidatonya. Ternyata ada juga di separuh akhir pidato. Kehebatan melayu juga kerana hebatnya pegangan Islam dalam diri mereka. Tahniah! Pidato yang sangat mantap & mengesani hati! Walaupun tiada genangan air mata, namun kesannya masih terasa...paling tidak, sampai hari ini.

    Dokumentari Melayu selama 10 minit setengah tidak kurang hebatnya. Padat dengan info & menerangkan bagaimana kedatangan Islam itu menjadikan melayu lebih bertamadun.

    "Melayu kuno berpegang kepada fahaman animisme & dinamisme. Kedatangan Hindu & Buddha tidak berjaya mengubah fahaman ini. Satu-satunya agama yang berjaya mengeluarkan melayu daripada fahaman ini adalah Islam"
    (sedutan Dokumetari MSIB, KOMPAS 2012)

    Kadang-kadang terasa macam tengok di kaca TV pula. Elok juga kan kalau jadikan slot 5 minit sebelum berita ke..? Syabas atas dokumentari molek ini.

    Terlarut malam pula. Lama tak menulis, maka menulis pun jadi perlahan. Saya kira untuk feedback saya pada 3 slot penting akan saya tulis pada next entry pula. Insya-Allah.

    p/s: Bolehlah mula beryoutube video pidato Akh Badr & dokumentari. Moga beroleh manfaat :)

  5. Muqaddimah

    Thursday, 14 June 2012

    Saya menulis....kembali. Akhirnya.
    Sebetulnya ni adalah blog saya yang ketiga:

    Satu mati sebab kuman virus.
    Kedua dilupuskan lepas tamatnya assignment
    Ketiga...harap kekal di alam maya dan subur mengesani hati-hati. 
    Mudah-mudahan, doakan.

    Saya kembali kerana pesanan ini:

    "Seorang daie perlu menulis. Memang kena menulis. Belajarlah untuk menulis. Cubalah".
    Pesan naqibah lepas solat subuh, 5 tahun yang lalu. Bualan santai sebelum ke sekolah.

    Persepsi manusia berbeza dan berubah, walaupun melihat pada benda yang sama.
    Macam ayat ustazah contohnya:
    Dulu, saya fahami pesanan ni dari sudut yang berbeza. 
    Bulat-bulat ayat ustazah saya telan. Maka lahirlah blog sulung.
    Tapi sekarang, pemahaman bertukar kepada yang lebih besar pula. 
    Hadafnya lebih jelas dan terpandu gitu. Maka dengan itu...saya menulis semula!

    Resah juga ni kalau-kalau sebab yang sama membuatkan saya koma menulis.
    Tapi, bukan ke seorang mukmin tu tak terjatuh ke lubang yang sama 2 kali?

    Semangatlah!