Rss Feed
  1. Buku Merah

    Thursday 21 April 2016

    Masa minggu ke-7, decide nak buat check up untuk julung kalinya. FF pun semangat ambil cuti sempena nak buat buku merah ni


    Disebabkan takde pengalaman lepas, confident je datang pukul 9 lebih. Padahal orang lain kalau boleh datang seawal-awalnya. Dan sebab tak familiar lagi dengan steps kat sana, diri ini asyiklah blur memanjang. Banyak kali tanya nurse dekat situ


    Kat situ, ibu-ibu yang datang semuanya dah 'berperut'. Rasa macam janggal pulak sebab diri ini takde 'perut' lagi. Dah lah datang pakai seluar sukan dengan sling bag. Gaya yang sangat tak matang lagi dan macam tak  move on lagi daripada zaman U. Fiuhuhu~


    Masa tengah menunggu giliran, sempatlah google kejap prosedur biasa untuk check up kali pertama. Jelas betapa penasarannya diri masa tu.

    Bila doktor beritahu nak scan, sangat-sangatlah berdebar. Sebab pernah baca kisah orang yang bila discan perutnya, kantungnya kosong je. Debar tak? Debar la~














  2. 1 comments:

    1. Anonymous said...

      Menanti sambungannya....

    Post a Comment