Rss Feed
  1. Muqadimah Cerita

    Wednesday, 20 April 2016

    Alkisahnya, saya bukanlah bagus sangat dalam bab penceritaan bertulis atau tulisan naratif.
    Kalau dipaksa juga, pasti akan tersasar jauh daripada jalan cerita asal. Maka dengan ini, saya dapati doodling adalah lebih mudah untuk saya rakamkan pengalaman 9 bulan bawa budak...budak.

    Tiadalah niat saya untuk menjaja cerita, menyingkap segala butiran kisah sepanjang 9 bulan ini. Tapi lebih kepada berkongsi pemerhatian dan juga sebenarnya sebagai bacaan untuk anak-anak, bila besar nanti. Cecehhh. Ceceh sangat.

    Masa awal-awal tahu pregnant dulu, hati rasa berbunga je. Minda pula macam sentiasa sedar yang adanya makhluk-in-making dalam perut.



    Dan sejak tu, sangatlah peka dan prihatin dengan label-label & signage untuk wanita mengandung. Terasa signifikan belaka. Walaupun masa tu kandungan baru mencecah 5 minggu, tapi macam bajet diri ini ada hak atau kaitan dengan label-label tu.



    Dalam minggu yang sama juga, terus semangat beli makanan-makanan yang berkhasiat untuk ibu mengandung 



    Jadual makan pun sentiasa jaga. Takde peluang langsung angin nak ziarah perut (masuk angin) atau rasa lapar. Almaklum...kononnya makan untuk dua orang


    Makanan memagn tak jadi masalah masa minggu tu. Makananlah chenta hati. 


    Sampailah masuk minggu berikutnya...


    |


  2. 0 comments:

    Post a Comment