-
Buku Merah
Thursday, 21 April 2016
Masa minggu ke-7, decide nak buat check up untuk julung kalinya. FF pun semangat ambil cuti sempena nak buat buku merah ni
Disebabkan takde pengalaman lepas, confident je datang pukul 9 lebih. Padahal orang lain kalau boleh datang seawal-awalnya. Dan sebab tak familiar lagi dengan steps kat sana, diri ini asyiklah blur memanjang. Banyak kali tanya nurse dekat situKat situ, ibu-ibu yang datang semuanya dah 'berperut'. Rasa macam janggal pulak sebab diri ini takde 'perut' lagi. Dah lah datang pakai seluar sukan dengan sling bag. Gaya yang sangat tak matang lagi dan macam tak move on lagi daripada zaman U. Fiuhuhu~Masa tengah menunggu giliran, sempatlah google kejap prosedur biasa untuk check up kali pertama. Jelas betapa penasarannya diri masa tu.Bila doktor beritahu nak scan, sangat-sangatlah berdebar. Sebab pernah baca kisah orang yang bila discan perutnya, kantungnya kosong je. Debar tak? Debar la~
Posted by zulaiQa habsyi at 02:08:00 | Labels: Memoir 9 Bulan | 1 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Mu ehe dan muehe
Wednesday, 20 April 2016
Gendang gendut tali kecapi
Ni testing ja, tayah ambil peduli :)Posted by zulaiQa habsyi at 20:11:00 | Labels: Memoir 9 Bulan | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Alkisahnya, saya bukanlah bagus sangat dalam bab penceritaan bertulis atau tulisan naratif.
Kalau dipaksa juga, pasti akan tersasar jauh daripada jalan cerita asal. Maka dengan ini, saya dapati doodling adalah lebih mudah untuk saya rakamkan pengalaman 9 bulan bawa budak...budak.
Tiadalah niat saya untuk menjaja cerita, menyingkap segala butiran kisah sepanjang 9 bulan ini. Tapi lebih kepada berkongsi pemerhatian dan juga sebenarnya sebagai bacaan untuk anak-anak, bila besar nanti. Cecehhh. Ceceh sangat.
Masa awal-awal tahu pregnant dulu, hati rasa berbunga je. Minda pula macam sentiasa sedar yang adanya makhluk-in-making dalam perut.
Dan sejak tu, sangatlah peka dan prihatin dengan label-label & signage untuk wanita mengandung. Terasa signifikan belaka. Walaupun masa tu kandungan baru mencecah 5 minggu, tapi macam bajet diri ini ada hak atau kaitan dengan label-label tu.Dalam minggu yang sama juga, terus semangat beli makanan-makanan yang berkhasiat untuk ibu mengandungJadual makan pun sentiasa jaga. Takde peluang langsung angin nak ziarah perut (masuk angin) atau rasa lapar. Almaklum...kononnya makan untuk dua orangMakanan memagn tak jadi masalah masa minggu tu. Makananlah chenta hati.Sampailah masuk minggu berikutnya...Posted by zulaiQa habsyi at 00:38:00 | Labels: Memoir 9 Bulan | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Tuesday, 30 December 2014
A: Haih, orang join usrah pun pergi tengok wayang ke?
B: Kenapa tidak?
A: Kenapa ye? Bukan ke Hassan Al-Banna kata jauhi pawagam?
B: Yeke Hassan Al-Banna kata gitu?
A: Kenapa tak kaji sendiri?
B: Macam mana nak kaji? Bukan ke beliau dah syahid?
A: Tak pernah belek buku-buku IHAB ke?
...lalu berterusanlah sesi soalan demi soalan tanpa jawapan.
Adakah A dan B sedang bermain sketsa soal menyoal?
Ataupun mereka benar-benar tak tahu?
Ada yang tahu?
Yeah. Saya pun nak main soal menyoal sekarang.Posted by zulaiQa habsyi at 00:41:00 | Labels: super random | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Wednesday, 27 August 2014
Cik Mah & cik Yah begitu acap mengeluh bila sakit kepala datang menyerang.
"Aduh...aduh...adudui" bunyinya.
Telan sebiji dua paracetamol mampu beri kelegaan segera pada mereka.
Tapi tiada pula kedengaran kalimah hamdalah atau yang sewaktu dengannya daripada mulut mereka.
Maka, tak heranlah kalau sakit kepala datang menjengah mereka lagi. Mungkin juga berganda.
"Aduh...aduh...adudui" makin kuat kedengaran.Posted by zulaiQa habsyi at 00:27:00 | Labels: random | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Box of 'Happiness'
Tuesday, 2 April 2013
Hai. Ini Box of 'Happiness' namanya. Nasib baik muat dalam kotak Warga. Juga dikenali sebagai isi kotak 'kebahagiaan'
Team #1: Ubat-ubatan
Team #2: Orang-orangan
Team #3: Alam-alaman
Team #4: Bangun-bangunan & 'random-randoman' Team #5: Hantu-hantuan?
Cubaan untuk telusuri hidup Ibn Sina & falsafah-falsafah beliau.
Uish. Mengancam.
p/s: lihat labelPosted by zulaiQa habsyi at 15:47:00 | Labels: super random | 3 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Besar dan Kecil
Monday, 11 March 2013
Besar. Besar. Besar
Rumah besar. Tulisan besar. Badan besar.
Orang jelas nampak, walau dari jauh.
Besar. Besar. Sangat besar.
Cakap besar. Makan besar. Dosa besar. Ketawa besar.
Semua melalaikan, melemahkan hati.
Kecil. Kecil. Kecil.
Diri makin kecil.
Bila memperkecilkan orang
Besar. Besar. Besar lagi.
Jiwa besar, hati besar.
Usah berkecil hati dengan perkara kecil
Besar. Besar. Makin besar.
Cita besar, impian besar.
Pengorbanan makin besar.
Kecil. Kecil. Lagi kecil.
Kecil mulut, kurang dosa.
Hanya berkata seadanya, sekadarnya.
Kecil. Kecil. Kecil jiddan.
Usaha kecil, hasil pun kecil.
Hukum alam.
Besar-kecil-besar.
Berbesar hati pada manusiawi.
Yang dicipta Ilahi.
Berasa kecil bagai mahu sembunyi.
Bila menghadap, merintih pada Yang Maha Besar, Maha Tinggi.
Posted by zulaiQa habsyi at 22:38:00 | Labels: random | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |














